Iklan Jap..

InstaGram

Friday, April 24, 2015

Resepi : Sambal tumbuk ( sambal totok )


Sambal kegemaran semua orang sekarang ni dah tak kira jawa ke tak...

Hebat tau sambal ni..ada macam-macam nickname pula dia..sambal totok la..sambal tumbuk la..sambal ketuk la..sambal lonte la...glamour sangat dia ni tau...

Resepi simple aje tapi memang ada macam-macam versi... So jangan gaduh-gaduh cakap buat dia kena macam ni..bukan macam tu..kena letak ini..bukan letak itu aje.. Bla bla blaaa....

Resepi ni ikut pada individu okeh..dari duk argue resepi siapa betul baik korang cuba-cuba sama resepi orang lain...



Hak ni sambal tumbuk versi yang mak kita ajar yer..simple yet delicious...kitorang memang panggil sambal tumbuk dari dulu...lawan dia kena ade sayur bening dengan ikan goreng...perghhh mantap...kalau ada sayur bening tu je pun dah okey dah sebenarnye...nomnomnomm

Cara dia senang je wak....

1- goreng bilis sampai garing..angkat...
2- goreng bawang merah/besar 
3- goreng cili dan tutup kuali..sebab cili ni nanti meletup-letup yer sayang..

* kalau nak goreng bawang tu sekali dengan cili pun boleh jer..

4- tumbuk cili dulu..tumbuk bawang..last sekali baru masuk bilis..bilis ni jangan tumbuk sampai lumat sangat tau..x best la tak krap krup nanti...sapa kuat masin tu boleh la tambah garam sikit..tapi better tak payahla...bilis tu dah masin kan...

Maka jadilah hasilnya seperti gambar kanan tu..

Ok selamat men'jawa'kan diri u olls...

Thursday, April 23, 2015

Ayam Goreng Kunyit

Ayam goreng kunyit done..
Sup sayur on the way..
Kari kepala ikan semalam tinggal hangatkan..
Sambal belacan dalam angan-angan aje lah...
Korang dah lunch?
Kita ni masak je dulu..entah pukul berapa baru boleh makan..
Baru anak dua.

Tuesday, April 21, 2015

stroller sweetcherry - hamilton to let go





Another stroller to let go..well..kitorang ni memang takde kerja lain duk beli stroller-jual..beli-jual...saja buat rugi duit kan..


Yang ni jenis lipat payung ..boleh baring so sesuai la dari newborn sampai 4-5 tahun macam tu sebab dia besar..

Nak letgo rm200 sahaja..condition sangatlah excellent sebab kami.pakai kurang dari 5x..
Beli rm290 ke 299 ke tak berapa ingat..cuma yg kompem meang dekat-dekat 300 jugak la..

Taknak ke rm200 dengan condition very excellent macam ni..
Kalau cod dekat-dekat insyaAllah boleh kasi nego lagi sikit..sikit je tau...jangan la minta nego banyak-banyak pulak...tak baik tau...

Oh..boleh cod area bangi/nilai/putrajaya/cyberjaya

Kalau pos? Alamak awal-awal cakap kalau pos kami tak mau sebab kos pos je dah hampir rm50..baim awak beli baru dekat kedai...


Berminat sila wassap 0133130757...
Wassap/sms sahaja ye..lain-lain x dilayan.

Monday, April 20, 2015

JJCM : Restoran Korea B.Bap

Kitorang ni memang jenis tekak universal...makanan malaysian macam malay punya wajib la boleh diterima kan..ngengada pulak kalau kata tak suka..chinese pun boleh...mamak pun boleh...then arabian food pun  so far so good..western takyah cakapla..malah kadang tu kalau da teringin macam pagi petang siang malam nak makan..hahaha..dasar kaki makan...

Japanese food?takat sushi..bento tu boleh sangat...sedap sangat tu takla...tapi boleh aja makan..tapi ni korean food ni...fuhhh...ikutkan tekak macam nak makan kfood ni je hari-hari..melampau kan...lucky sebab dapat suami pun sama perangai bab makan ni..malah kadang dia lak lebih..asal ajak makan luar je mesti nak makan kfood ni..

 So ni nak share salah satu tempat makan korea yang pada tekak kitorang ni sangat-sangat lazat...tapi kitorang pun baru cuba beberapa menu..semua pun sedap..portion pun boleh tahan besar...


B.bap ni ada beberapa cawangan kat KL tpi yang ni kitorang pergi yang dekat IOI city mall, putrajaya...
Cuma sayang kedai dia takla berapa besar...kira satu-satu masa tu tak boleh la ramai sangat nak serbu makan kat situ...tapi nak puji sikit..servis ok n pekerja semua ok..mesra pelanggan which is good la selain makanan yang sedap tu kan.




 


Ni antara menu yang kitorang dah cuba..spicy Ramen Dubboki tu memang terbaik la..siapa suka pedas memang tak rugi cuba tau..hi tengah type sambil tengok gambo ni pun dah kecur air liur tau...adui...

Atas dia tu namanya Dol Sot Bibimbap..dol sot tu sotong..anak sotong tu...bibimbap tu nasi dengan ramuan sayur-mayur tu ha...makan dia kena gaul-gaul sampai jadi macam rupa nasi goreng tu..sedapnya...ada sesetengah tempat kitorang tak lalu langsung makan bibimbap sebab rasa yang terlampau merepek..hahaha...tapi kat B.bap ni insyaAllah...boleh jadi bff dengan tekak kitorang ni..sampai gitu sekali tahap dia...heh




Yang dalam mangkuk tu menu untuk anak dara kitorang sebenarnya...tapi of coz la jadi menu mami ngan babah dia jugak..yg ni sejenis mee gandum dengan macam-macam isi termasuk rumpai laut ..besar betul mangkuk tu..isi pun banyak sampai kitorang tak mampu habiskan..percaya tak.. Jarang la kitorang ni tak habiskan semua menu yang diorder tapi kali ni memang surrender..perut dah tak boleh terima...yang ni pun sedap.

Setiap menu korea ni wajib datang dengan side dishes dia sekali so kat sini dia akan bagi kimchi, kimchi timun, ikan bilis dengan sup taugeh..taugeh dia bukan macam taugeh kita ye..kita pakai kacang hijau kan..dia pakai kacang lain dan taugeh dia sebenarnya banyak khasiat banding dengan taugeh versi kita. Biasa kedai lain bagi sup rumpai laut tapi kat sini lain sikit..ok juga..ada lah kelainan dia.






Ni mandu..atau dipanggil gak dumpling...
Yang ni sebenarnya kitorang tak order..tak pernah rasa lagi yang b.bap ni punya..tapi saja nak tepek sini gak sebab lain kali make sure kena order..

Terliur kot tengok Song Triplet si Daehan Minguk Manse tu duk makan dumpling dalam cerita 'the return of superman' tu...




B.bap ni kat level G tau dalam IOI mall tu..memang area tempat makan kat situ..macam-macam ada...ada juga kedai korea lain iaitu Dubu-dubu tapi nampaknya lepas-lepas ni takdela nak g situ lagi...maaf dubu-dubu sebab rasa masakan anda tak memenuhi citarasa kami...huhu


I love kfood.
Ok bye

Sunday, April 19, 2015

Air percuma dari Mcdonald



Sesuailah dengan cuaca sekarang ni

Korang tau tak..sekarang ni Mcdonald tengah baik hati bagi air Frozen perisa coca cola dengan anggur secara percuma tau....


Apa???????



Percuma?????



Iyer..percuma aje....korang cuma kena tunjuk kupon dia pakai henpon korang tu aje...kalau ada dua henpon bolehla dapat dua-dua terus....


Ni kupon dia...korang save then nanti tunjuk je kat kaunter dia yer....kalau guna drive thru pun valid juga...cuma make sure tunjuk dekat cawangan mcdonald yang terlibat lah yer...mana yang terlibat tu mesti ada sign iklan dia kat situ...


So apa lagi...jom tebus sekarang sebab dia valid sampai hujung bulan ni je tau.


Nah simpan kat henpon masing-masing





Thursday, April 16, 2015

Buat Popcorn di rumah a.k.a homemade popcorn la tu

Ate senang bebenor rupanya buat popcorn ni yer...tapi rasa dia macam popcorn biasa kat pasar malam..kat petronas..or kat panggung wayang yang biasa-biasa tu yer...tak dapat la nak gempak macam garrett ke apa ke...

Bahan-bahan dia sikit dan cara nak buat simple je pun...tiga bahan utama dia tu biasanya mesti ada punyalah kat rumah korang..just jagung tu je la kot yang mustahil sentiasa ada kan.

Ok ni bahan-bahan dia ye :

 * Jagung Kering
* Minyak Masak
* Gula
* Marjerin

Peralatan pulak ;
* Kuali
* Penutup kuali
* Sudip kayu


Hah???itu je ker...biar betul ni?
Iyerrr...tiada yang betul melainkan yang sebetul-betulnya lah ni...

Ok cara dia macam mana pulak???

1. Panaskan minyak..me guna dalam sesenduk jer..agak da panas masukkan jagung...me letak dalam segenggam setengah..ni korang kene agak la eh banyak mana yang sesuai dengan minyak korang panaskan tu.

2. Tutup kuali terus tau sebab dalam masa seminit macam tu akan berlaku la letupan-letupan kecil dalam kuali tu..macam bunyi mercun pun yer..kasi goyang sikit kuali tu tuk pastikan takde jagung yg tak meletup.

3. Agak dah reda perang kat dalam kuali tu bolehlah matikan api dan angkat jagung yang dah jadi bertih tu...

4. On kan api balik..pakai kuali yang sama je..masukkan gula..me letak dalam 3 sudu besar je..tak mau manis-manis sangat..tak elok..kacau sentiasa sampai jadi karamel..jangan sampai hangus tau..eh..ni masa buat karamel.ni make sure pakai sudip kayu je ek..jangan ngengada nak pakai yang cantik-cantik..canggih-canggih...abis cair mak tak tau yer...

5. Bila warna dia da cantik keperang-perangan tu cepat-cepat masukka  marjerin..me letak 2 sudu besar..
6. Masa dia tengah berbuih-buih tu boleh terus masukkan bertih tadi dan kasi gaul sampai ratalah......
Siapppppp....nomnomnom...simple gila kan???



Ni je bahan dia..senang tak senang


Ni masa tengah meletup-letup tu..macam jakun sekejap...eh ni me namakan dia 'popcorn pop pop' inspired dari sini lah..tapi mercun pop pop pun tak kuat bunyi macam gini.




Setelah perang tamat..inilah hasilnya...hebat kan..dari jagung kering keras kematu tetiba jadi segebu salju...eh...ade ke ayat macam ni...


Dari gula menjadi karamel...tengok sudip tu..biar buruk asal kuat...ehhhh



Sebelum hangit baik masuk marjerin cepat-cepat..tak payahlah nak tunggu warna karamel tu gelap sangat..karang terus kena repeat balik ..satu hal pulak...


Kasi gaul sampai sebati..gittewww


Over kau...popcorn cincai duk dalam bekas garrett gitu...



So untuk anggaran bahan macam me buat tu..dapatlah dalam dua bekas setengah tin garret ni...tapi setengah tu biar ke dalam kuali..sat gi terus nak masuk mulut dah tu



Anak dara merasmikan...popcorn pop pop yang masih panas..garing...yummmmmm



Dia sorang makan balance yang dalam kuali tadi tu..nasib mami awak buat tak berapa nak manis tau..




Oraittt...senang kan kan kan kannnn..pasni jimatlah belanja beli popcorn kalau gi pasar malam tu...mak-mak sila rajinkan diri buat sendiri ye..ala dalam sepuluh minit je pun mak..apelah sangat..sap sap soiii siappp....okeh..selamat mencubaaa....πŸ‘


* me : i/saya/aku/daku/cek ( kata ganti diri pasal tak tau nak bahasakan apa..lepas ni nak pakai 'me' jer senang..) Ok bye.

Monday, April 13, 2015

Apa itu CMD?

Hai..pernah dengar pasal cmd ni?sekarang tengah viral pasal cmd ni sebab ramai yang berjaya lost weight hasil bantuan cmd dan tak kurang juga membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan...tapi cmd ni bukanlah ubat yer sayang-sayang...

Cmd tu apa sebenarnya ya??? Ok..good...jom kita belajar dulu pasal cmd ni..tak kenal maka tak cinta tau....😍

CMD ni singkatan dari Concentrate Mineral Drops yang mana merupakan produk syarikat Revell.

Concentrate Mineral Drops (CMD) ni merupakan pemakanan mineral lengkap untuk memelihara kesihatan badan yang menyeluruh. Ia mengandungi Magnesium yang berkualiti tinggi bersama 72 jenis trace mineral. Ia bertindak aktif membantu proses pembersihan dalam hati, penyingkiran toksin dan kolesterol serta lemak daripada hati. Ia membantu menurunkan kolesterol dalam darah, menyingkirkan lemak dari badan dan sekaligus melangsingkan badan.

Yang paling penting, magnesium memelihara kesihatan jantung anda.

 “Concentrate Mineral Drops (CMD) mengandungi 38% magnesium dalam bentuk ionik. Manfaat magnesium dalam bentuk ionik ini dalam pengurangan dan pemulihan pesakit strok atau mereka berisiko penyakit jantung, tidak boleh diperkecilkan.” – Dr. Alex Shauss 

 10 Sebab Pentingnya CMD Kepada Anda 

 1. LENGKAP Terdiri dari makro-mineral (magnesium,kalsium,potassium,klorida,sulfur) dan mikro mineralnya adalah (kromium, iodin, mangan, selenium dan zink). Ini menjadikan CMD supplemen mineral yang lengkap.

 2. IONIK Ionik bererti bercas positif dan negatif. CMD dititis dalam air akan memecah menjadi bentuk terkecil iaitu ionik memudahkan ia diserap oleh tubuh.

 3. BERSIH/SUCI CMD diekstrak dari Tasik Great Salt Lake, Utah, USA. Kadar garam tasik itu begitu tinggi sehingga tiada kehidupan bakteria. Berbataskan gurun sehingga tidak berpenduduk (bebas pencemaran).

 4. ALAMI (NATURAL) CMD bukan hasil buatan makmal. Ia semata-mata air tasik yang telah dibuang 99.5% garamnya. (Tiada tambahan pewarna,pengawet,perasa tiruan). 100% alami.

 5. SEIMBANG Lengkap dan seimbang. Ini penting kerana mineral dengan lainnya dapat menarik atau menolak dan menciptakan suatu keseimbangan dinamik, membantu pengankutan makanan dan arahan pusat saraf badan.

 6. PEKAT 55 kali lebih pekat kandungannya daripada kandungan mineral air laut. Kepekatannya begitu tinggi, dibandingkan dengan produk supplemen mineral lain.

 7. MEMUDAHKAN Mudah digunakan – hanya dititiskan dalam makanan/minuman/masakan anda (Dewasa 30-40 titis sehari, kanak-kanak 1 titis setiap 2kg berat badan).

 8. MULTI FUNGSI CMD bermulti fungsi dalam meningkatkan kesihatan badan : Meningkatkan daya tahan daripada infeksi kuman/virus Meningkatkan transmisi impuls saraf yang lancar Memangkinkan pembentukan sel baru Meningkatkan metabolisme badan Meningkatkan tenaga dan kevitalan Memelihara kulit dan rambut Menguatkan gigi dan rangka badan

 9. HARGA WAJAR Anda boleh perolehi dengan harganya yang wajar yang memungkinkan segala lapisan masyarakat mengamalkannya.

 10. TERBUKTI Beribu testimoni dari benua Amerika hingga Asia membuktikan CMD membantu kesihatan kita.

 Ok..clear tak???

Well..kalau nak tau lebih lagi jom text kita kat whats app 013-3130757 atau nk tanya kat sini pun boleh aje...

Btw... Kita ahli sah Revell yer..jangan tertipu dengan produk tiruan tau

 Id Pengedar : MYNGS1053373
 Contact : 013-3130757



Jom kita sama-sama usaha
Benda baik kenalah kongsi kan
😜

Wednesday, April 8, 2015

Sharing is caring...iye ke...



Sekarang ni kan..ayat "adik beradik kene berkongsi" adalah ayat wajib dalam rumah ni..mana taknya..sejak2 adik dah pandai main ni si kakak asyiklaaa menjerit je kat adik..semua adik usik semua pun x boleh...

Kakak masih x pandai nak berkongsi barang..kadang tu bila dah tegur kang dia bagi la juga..tapi dicampak je kat adik...hmm...kadang tu geram jugakla dibuatnya....so ayat tu memang kena cakap je setiap kali depa berebut apa2...

Tapi sebenarnya nk cakap pasal kongsi ni bukan pasal diorang pun..tapi pasal seluar jeans gobos tu haa...tu seluar babah depa sebenarnya...kakkakakaa....sah2 pinggang ko sama dengan laki ye mak.... :p


Eh tak sama pun..longgar gila sebenarnya..keluar gi IOI pastu gelabah cari kedai  nak beli tali pinggang..satu kerja pulak.





Babah redha je la tengok bini dia selamba bantai seluar dia...ye laaa...suami isteri kot..ape salahnya berkongsi kan...
Tehehehe




Tuesday, April 7, 2015

Dunia Baby Wearing ( part 1 )

Salam perkenalan buat mama2 baby wearing yang terbabas ke blog ni dan salam juga kepada yang baru nak berjinak-jinak tu...

Untuk kali pertama bercerita pasal isu ni kita cuma nak kongsi infografik ni jer dulu k...

Cuba tengok betul2 dan fahamkan apa perbezaan antara carrier2 tersebut..carrier ni ada banyak jenis yer sebenarnya...ada yang elok..ada yang tak berapa nak elok...dan yang tak berapa nak elok tu pulak maksudnya tak bagus untuk baby..tak bagus untuk ibu apa yang menggendong tu sendiri...so kena ambil tahu benda ni supaya tak tersalah pilih carrier ok.

Resepi Siakap Kukus Hentam Saja


Resepi bergambar sahaja..
Tak faham tanya eh..
Boleh gitu???
Heheh..jangan marah yer..

Resepi Untuk Baby ( 9 bulan ) : Creamy Chicken Pasta

Creamy chicken pasta untuk anak teruna..sesekali layan italiannies la pulak dik...

Ni copy dari ig n fb je..tak dan nak type semula..bahan tak banyak pun..penyediaan pun mudah aje...cubalah..insyaAllah sedap lemak berkrim digemari anak..

*bahan dia :

pasta,garlic,onion,carrot,chicken,unsalted butter,fresh milk,cream cheese,italian herbs.

Resepi ikut imaginasi..kekekke...

Cairkan butter..tumis bwg..masuk carrot...ayam..tumis smpi wangi semerbak...masuk susu setengah cawan...cream cheese 2 sudu cukup..lau ade italian herbs bole masuk skit...siap...golek2 ngb pasta yg dah direbus..anak teruna blum ada gigi so kene blend...sekian...

(*kuah tu kalau nak pekat bole letak tepung atta sikit)









Muka ada senyum arrrrrrrr
Minta lagi satu mamiiiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

....