Iklan Jap..

InstaGram

Monday, April 20, 2015

JJCM : Restoran Korea B.Bap

Kitorang ni memang jenis tekak universal...makanan malaysian macam malay punya wajib la boleh diterima kan..ngengada pulak kalau kata tak suka..chinese pun boleh...mamak pun boleh...then arabian food pun  so far so good..western takyah cakapla..malah kadang tu kalau da teringin macam pagi petang siang malam nak makan..hahaha..dasar kaki makan...

Japanese food?takat sushi..bento tu boleh sangat...sedap sangat tu takla...tapi boleh aja makan..tapi ni korean food ni...fuhhh...ikutkan tekak macam nak makan kfood ni je hari-hari..melampau kan...lucky sebab dapat suami pun sama perangai bab makan ni..malah kadang dia lak lebih..asal ajak makan luar je mesti nak makan kfood ni..

 So ni nak share salah satu tempat makan korea yang pada tekak kitorang ni sangat-sangat lazat...tapi kitorang pun baru cuba beberapa menu..semua pun sedap..portion pun boleh tahan besar...


B.bap ni ada beberapa cawangan kat KL tpi yang ni kitorang pergi yang dekat IOI city mall, putrajaya...
Cuma sayang kedai dia takla berapa besar...kira satu-satu masa tu tak boleh la ramai sangat nak serbu makan kat situ...tapi nak puji sikit..servis ok n pekerja semua ok..mesra pelanggan which is good la selain makanan yang sedap tu kan.




 


Ni antara menu yang kitorang dah cuba..spicy Ramen Dubboki tu memang terbaik la..siapa suka pedas memang tak rugi cuba tau..hi tengah type sambil tengok gambo ni pun dah kecur air liur tau...adui...

Atas dia tu namanya Dol Sot Bibimbap..dol sot tu sotong..anak sotong tu...bibimbap tu nasi dengan ramuan sayur-mayur tu ha...makan dia kena gaul-gaul sampai jadi macam rupa nasi goreng tu..sedapnya...ada sesetengah tempat kitorang tak lalu langsung makan bibimbap sebab rasa yang terlampau merepek..hahaha...tapi kat B.bap ni insyaAllah...boleh jadi bff dengan tekak kitorang ni..sampai gitu sekali tahap dia...heh




Yang dalam mangkuk tu menu untuk anak dara kitorang sebenarnya...tapi of coz la jadi menu mami ngan babah dia jugak..yg ni sejenis mee gandum dengan macam-macam isi termasuk rumpai laut ..besar betul mangkuk tu..isi pun banyak sampai kitorang tak mampu habiskan..percaya tak.. Jarang la kitorang ni tak habiskan semua menu yang diorder tapi kali ni memang surrender..perut dah tak boleh terima...yang ni pun sedap.

Setiap menu korea ni wajib datang dengan side dishes dia sekali so kat sini dia akan bagi kimchi, kimchi timun, ikan bilis dengan sup taugeh..taugeh dia bukan macam taugeh kita ye..kita pakai kacang hijau kan..dia pakai kacang lain dan taugeh dia sebenarnya banyak khasiat banding dengan taugeh versi kita. Biasa kedai lain bagi sup rumpai laut tapi kat sini lain sikit..ok juga..ada lah kelainan dia.






Ni mandu..atau dipanggil gak dumpling...
Yang ni sebenarnya kitorang tak order..tak pernah rasa lagi yang b.bap ni punya..tapi saja nak tepek sini gak sebab lain kali make sure kena order..

Terliur kot tengok Song Triplet si Daehan Minguk Manse tu duk makan dumpling dalam cerita 'the return of superman' tu...




B.bap ni kat level G tau dalam IOI mall tu..memang area tempat makan kat situ..macam-macam ada...ada juga kedai korea lain iaitu Dubu-dubu tapi nampaknya lepas-lepas ni takdela nak g situ lagi...maaf dubu-dubu sebab rasa masakan anda tak memenuhi citarasa kami...huhu


I love kfood.
Ok bye

3 comments:

  1. suka betul makan makanan korea eh korang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kitorang pelik gak dengan tekak kitorang ni...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

terima kasih daun keladi kalau sudi singgahlah lagi.... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

....