Iklan Jap..

InstaGram

Friday, January 9, 2015

Aroi Thai Boat Noodle di Cyberjaya

Assalammualaikum....ada lagi ke orang singgah blog ni ek..rasa ada la kan sebab tengok trafik kat tepi tu hari-hari pun ada tetamu...walaupun mostly yang singgah tu sebab cari resepi sos steambot, tapi oklah tu dari takde kan..tak bolehla masuk kategori 'rumah tinggal'..😅

Ni nak share pasal tempat makan sebenarnya..kan sekarang ni dah jadi trend..asal ada benda makan baru mesti akan jadi fenomena sekejap...hebat kuasa viral ni tau..jangan main-main..so antara yang tengah diperkatakan sekarang ni adalah boat noodle...

Actually ada beberapa jenis kedai boat noodle ni..ada yang halal dan ada yang tak..ada pulak yang memang terang-terang untuk non-muslim so kena hati-hati yer...

Yang kita orang pergi ni tengok memang tak ada logo pengesahan halal jakim ke apa..tapi pekerja  muslim dan insyaAllah diyakini...dinyatakan juga dekat buku menu dia 'No Pork No Lard' .jangan was-was lah yer..

Menu tak berapa banyak..tapi dari apa yang kami dah cuba agak sedap dan boleh diterima tekakla..well, kita orang ni tekak boleh tahan demand juga...mana yang tak sedap kita cakap je lah tak sedap kan..tapi kat sini okeylah...paling puas hati dia punya beef noodle dengan spring rolls..sedapppp...👍

Harga untuk semua menu termasuk air adalah rm1.90 sahaja...senang nak kira kan..tapi nnt ada tax dia lagi so pandai-pandai la budget yer...tengok kat gambar tu, cuba kira berapa mangkuk kita orang makan...hehe...ni kalau masa bercinta makan dengan mangkuk tinggi macam ni mau peluh ketiak cik abang nak membayarnya...nasib dah kahwin you olllss...😜

Eh lupa nak khabar, yang kita orang pergi ni cawangan Cyberjaya...dia ada satu lagi dekat Kota Damansara...tapi sorry maps dia lupa nak snap...tapi kalau dah sampai area Shaftsbury Cyberjaya tu memang senang je nak jumpa..dari tepi jalan besar pun dah boleb nampak..dia betul-betul bersebelahan dengan kedai Speedmart...

Ok..sapa-sapa nak feeling makan bertingkek-tingkek macam ni silalah cuba yer...😁

No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi kalau sudi singgahlah lagi.... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

....

Powered By Blogger