Mula-mula tarik nafas panjang-panjang....hembussss....tarik ikut hidung,...lepas ikut mulut...haaaaaahhhhh....okeh....selesaa....
Nampaknya percubaan membuat sos stimbot ( steamboat ) kali ni memang sangat memuaskan hati..tak sia-sia berperang kat dapur dengan anak dara kecil yang sibuk nak membantu....
k o n o n n y a........... dan bila share gambar kat instagram n fb ramai pulak kawan-kawan nak nakkan resepinya..terutama resepi sos...tapi yang paling membuat hati berbunga-bunga of cos bila encik suami yang memuji....kasiklah seratus orang puji masakan kita pun, tetap takkan sama dengan pujian yang lahir dari mulut suami owhhhh.....tacingggggg
Paling tak boleh blah bila suami siap request suruh buat masa bufday dia nanti...wah...suka sangat lettewwww...tehehehe....good babah good.......
okey tak nak bebel panjang-panjang jom kita tengok bahan, cara dan proses menyediakan stimbot ni yer...
BAHAN STEAMBOAT ;
Combo Steamboat Selection * amik yang mcm ni sangat senang dan untung..macam-macam ada dah..
Tauhu Kering * ini wajib...mumy n babah mmg suka tauhu ni..
Cendawan * apa-apa je la jenis cendawan..tapi paling suka yang panjang-panjang halus tu..ape ek nama dia?hehehe
Sayur * apa-apa aje sayur ikut selera masing-masing
Ayam atau Udang * nak letak boleh taknak pun tak apa...tak salah derrr
* basuh bersih semua bahan-bahan di atas ni ye.. asing-asingkan dalam bekas ikut kategori... :p
* kalau x jumpa yang combo macam mumy cakap ni amik je la bola-bola yang korang suka..jangan bola-bola api sudehhh
bola-bola cinta hati |
sayur-mayur pilihan hati |
SUP STEAMBOT ;
BAHAN :
Air * terpulang ikut sukatan periuk masing-masing
Bawang putih 3-4 ulas * dicincang
2 kiub pati ikan bilis / 2 kiub pati ayam * mumy pakai jenama knorr
Tulang dan sedikit isi ayam * supaya kuah tu nanti jadi macam stok..
Daun ketumbar * dicincang
Sedikit garam * kalau kuah masih tawar..lau kuah dah ok tak perlu garam ok...
* rebus dulu semua bahan ni atas dapur masak ..bila da mendidih nanti baru pindahkan ke periuk stimbot..pastu celur je la semua bahan stimbot kat atas tadi..
sup stimbot |
SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS ;
* ini penyedap dalam stimbot ni..kalau sos failed... hancus la semuanya..tapi ni resepi hasil google kemudian mumy olah balik ikut suka hati dan naluri...
BAHAN :
8 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap * mumy pakai kicap manis jalen..i loikeee
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick * mesti pelik kan..hehe..kat sini la yang bagi rasa masam n pekat dia...
Bijan * disangai dulu yer
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..kalau sos mcm da pekat takyah letak pun takpe ye..
Daun ketumbar * racik halus
Garam dan gula secukup rasa * yang ni takde sukatan..korang kene rasa n tambah sendiri..penat la mumy nak tolong rasakan.. muehehe
CARA :
Kisar lada bersama bawang putih..
Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..
Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .
Perasakan dengan garam n gula...kalau rasa dah okey..masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar ..letak sikit je 2 bahan ni..coz nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos tu..
okeh siap...senang kan...campak-campak jela.... :p
~~~~~~~~~~~
Orait...bahan stimbot dah bagi contoh..bahan n cara sup dah ada...untuk sos pun sudah....nak apa lagi?nak gambar lagi ????hehe....ok meh layan gambar2 ni..ada sikit je..tak sempat nak snap proper...terima je la ye...yang penting ni dah bagi resepi ni..jangan malas-malas mencuba eh..senang je kan..... ^_^
sos rahsia...haha..rahsia la sangattttttt |
bijan ni jangan lupa sangai dulu ye |
okeh boleh makan dah... |
mumy punya |
mumy punya gak |
pun mumy punya...mihmihmih |
nota kaki ~ pada sesapa yang teringin nak buat steamboat ni tapi tak ada cooker tuk steamboat jangan risau..sebab mumy pun tak pakai multi cooker mcm kat kedai steamboat tu pun..cooker tu tinggal kat kampung mokil....so yang ni dah tentu-tentu pakai rice cooker je...tak ada masalah..yang penting masak dulu kuah sup tu sampai mendidih atas dapur biasa..pastu baru alih letak kat rice cooker n tekan suhu tuk cook..bila macam bebola semua da masak sila tukar ke warm....senang aje..kita yang buat dia..bukan dia yang buat kita...kan?ha..da macam makcik-makcik sangat cakap macam ni..ok bye.