Iklan Jap..

InstaGram

Friday, January 27, 2012

Fresh Food Baby Feeder

 


 Ini salah satu kemudahan untuk train baby untuk makan menda yang keras macam buah epal, pir..tak pun untuk buah yang sedia lembut macam pisang dan avocado pun bagus jugak..tak perlu hancurkan..potong ikut size net tu then masukkan bagi baby pegang...pandaila  ia gigit2 sendiri nanti...menda ni selamat n kira macam alat bantuan la tuk anak latih gusi dia bekerja....nak letak ice pun boleh sebab ice kan bagus untuk gusi....


 

 untuk Aisy ni mummy beli jenama MUCHKIN kat kedai Manjaku, Ampang...sebab kat kedai tu ada yang ni je...then esoknya masa jalan2 kat alamanda terjumpa lagi stuff yang function lebih kurang macam ni kat kedai Anakku, tp lagi best sebab yang tu holder ia lagi kemas n senang baby nk pegang...tapi lupa la pulak nak snap gambar..spoilt betul...

tapi sebelum guna tu steril la dulu...paling koman pun rendam dulu dengan air panas or liquid yang buat rendam botol susu baby tu pun boleh...




yer.....saksikanlah kecomoton yang melanda yang membuat Babah garu kepala...
kemain seronok yer dapat mam sendri...bukan takat net tu digigit..dengan holder tu sekali masuk mulut..
bagus...bagussss




ala...feeder da tergolek ke tepi la pulak,...
mase ni Mummy bagi buah mangga...not bad..banyak gak yg Aisy dapat telan...
then masa kat kampung hari tu try letak pisang pun ok gak...abis licin...
oh....tipu pulak kalau licin....tapi habis ok!





ngeeeee
sungguh-sungguh betul nampknya tu...

so...amacam..agak-agak menarik tak menda ni?lau berminat silalah dapatkan di mana-mana kedai baby yang berhampiran yer....owh...harganya RM 26 lau tak silap...lau silap pun maybe lari tak jauh la..sipi-sipi aje..hehe...apepun................
anak suka ibu teruja....
^_^



* errrrrm....
sila abaikan kaki gajah yang menempel di situ yer...
cau cen dolllll *




Lekaslah...


Entah kau yang malang atau mereka2 yang suka memalangkan orang?
Owh…tak..tak baik menuduh..tak baik berprasangka buruk….
Tak baik..tak baik….
Habis kau duduk je situ diam2….pekakkan telinga butakan hati?
Owh…tak boleh jugak….
So…apa kau nak buat?
Apa kau boleh buat?
Kau siapa dan apa kau ada?
Ha kan…kau takda apa2 pun….
So duduk terus diam2….
Kau bising pun apa kau dapat?
Kau bising depan muka dia kah?
Kau bising sebelah telinga mereka kah?
Kau siapa dia siapa mereka siapa?
Ingat itu je lah….sampai mati ko duduk diam2..
Syhhhhhhhhhhh..diam…aku cakap ni..baik kau diam…
Ok fine...diamlah ni.



* mummy pinjam ruang sikit Aisy... *

Friday, January 20, 2012

Santai Di Hari Minggu........

   

tunggu lift kat Alamanda..rilexs je dak cik ni duk macam dalam kangaroo pocket tu..suke tul ia macam tuh..
babah awat muka ketat sangat tuh.....aishhh



mamam time kat Kenny Rogers..Aisy pun mamam jugak tau...tapi leh mamam mash potato je la..
banyak tu Aisy makan..dalam 3 sudu besar orang dewasa....giler kentang...!


 kat umah Atok Nilai...naseb bek ada macam tempat riadah kat depan umah ni...leh la santai2 jap...




 tenyum lokek namanye tu Aisy..cube tenyum tu kasik lebor sikitttt


 ha.....lebor macam tu la baru omel macam mummy.....
haaa??? omel???mummy????
o.m.g



  alalala sukenye diaaaaa
  



 ada kawan FB mummy tengok gambar ni, trus ia ingat Aisy da pandai nak jalan..
hoho..takde maknenye...ini eksyen je kata omputeh...




 dedua sama omel....auwwwwwwww




 i love you....you love me...
we are happy family....
with a great big hugg and kiss from me to you...
wont you say you love me too....

^_^




Gong Xi Fatt Chai a.k.a ang paw owh ang paw ..............


Dulu Mummy hafal lagu Chinese New Year tu tau tapi la ni ingat-ingat lupa dah....
Bestnya raya cina ni jatuh hari Isnin ngn Selasa...cuti panjang tu....
tapi tak bestnya gaji lambat daaaaa..ingatkan la gaji akan dibagi awal macam Disember hari tu..
sekali tidakkkk la pulak....omaigod.....balik kampung duk umah mak bapak nganga je la nampaknye...
plan nak jenjalan pun macam da nak punah je ni....




ni bukan aisy...tapi mummy suka gambar ni sebab siap ada note kat sebelah tu ..omel jerk....
ngat nanti lik kampung nak carik la baju omel mcm amoi omel tu pakai...tapi tuk Aisy la..bukan tuk mummy..
lau mummy pakai macam tu tak jadi omel dah...jadi ngeri jerk....miahahaha...


tu dia....ini ang paw pertama Aisy tau....dapat dari uncle yang tak dikenali lak tu...sungguh bermurah hati tul uncle tu walapun ia tak jumpa  Aisy pun mase tu...actually uncle ni kenalan Atok Nilai...so last week masa balik Nilai kebetulan uncle tu datang ziarah Atok, so ia paskan angpau tuk orang2 yg lum kawin / keje kat umah tu...bile ia tau Atok Nilai da ada dua cucu, memang rezeki Aisy ngn Baby Mia la kan.....
tapi tak sangka la kemain banyak lak RM dalam angpaw tu kan...
dahsyat la....naper la ia tak bagi tuk Mummy ngn Babah sekali ek..
ngeeeeeeeeeee


by the way...Selamat Tahun Baru Cina pada kenalan2 chinese mummy.....n Selamat Bercuti Pada Semua....
hati-hati memandu ke destinasi masing2 yer....ingatlah orang tercayang... !


Tuesday, January 17, 2012

Selamat Hari Lahir Mummy Aisy....


Boleh tak mummy buat entry untuk diri sendiri pastu ucap pun untuk diri sendiri jugak?hehehe..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi mummy masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ni, meneruskan tanggungjawab n amanah yg diberikan di samping suami dan seorang puteri kecil yang membahagiakan...alhamdulillah...terasa lengkap status itu sebagai seorang perempuan....tapi masih banyak yang perlu diperbaiki....terutama status sebagai seorang Hamba Allah...insyaAllah....

28....yer 28 tahun dah umur mummy Aisy ni...tak tua...tak muda...sedang elok je...hehehe...takde ape yg special sgt pun dengan ulang tahun ni, tp yang pasti semakin bertambahnya umur kita, bermakna semakin hampirlah kita dengan kematian....itu satu janji yang pasti !

Terima kasih pada mereka-mereka yang ucap serta doakan mcm2 perkara yang baik sempena hari ni..17 Januari...terima kasihlah banyak...moga-moga Allah turut merahmati dan melimpahkan bahagia buat kalian semua..amin...ya rabbal a lamin....

Aisy nak bagi adiah ape ek kat mummy hari ni???? :p Mummy tertunggu-tunggu ni...hehe....takpela...Babah da kasi da semalam bagi pihak Aisy sekali...time taceh babah.....^_^...pandai gak Babah sorok2 beli adiah n buat surprise mcm tu yer...hm,bagi orang lain mgkin adiah tu tak semahal mana tapi bagi mummy kagum okeh bila Babah belikan adiah tu..nak2 bufday tengah2 bulan mcm ni..lau Babah bg adiah banje makan kepci je pun Mummy dah hepi dah..yang penting ikhlas dari hati....ni mummy sharekan gambar sekali pun bukan nak nunjuk ke apa...ni tuk kenangan Mummy di kemudian hari..btw..maceh lagi sekalik.....sayang kamu-kamu semuaaaaaaaaaa !


atas iron board gitu...masuk-masuk bilik wardrobe.....SURPRISE....



alahai kemain comel lagi siap ada salah tulis pastu main conteng2 gitu jerk.....
ape2pun trima kasih yer Babah sebab susah2 larikan budget perbelanjaan bulan ni tuk kasik Mummy wangi2 sket...
:p

Friday, January 13, 2012

Sama Tapi Tak Serupa...

Selalu dengar orang cakap dalam dunia ni akan ada 7 orang yg mempunyai muka / raut wajah yang serupa...memang betul ke ek? ada sesapa yang da pernah terjumpa dengan 7 orang yang seiras tu ke?
Aisy kecit2 lagi da jumpa dah....tp lagi best bukan takat raut je seiras..stuff diorang pun bnyak yang sama...tak caya meh tgk nih...


 Aisy Rania



Salsabila Tihani



tak sangka jumpa jugak dua budak gembo-gembo ni..cume sayang mase ni kelam kabut skit n Aisy pun tak berapa sihat...hope nnt bila-bila leh la jumpe lagi....


banyak nak story tp dah kelam kelibut nak balik...nanti-nanti sambung lain...adios amigos la bonos...sempat lak merepek-kerepek...

Tuesday, January 10, 2012

Yang Kita X Tahu Tentang Ais & Kelebihannya

 ( copy from http://ummihanie.com/ )

Jom sama² singkap rahsia dan kebaikan AIS ;
  • # Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
# Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
# Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • # Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • # Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • # Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.# Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
    # Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.


    Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
    # Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
    Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
    Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
    # Air suam dengan cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
    # Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
    Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
    Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. *jangan takut mandikan bayi anda dengan air sejuk,lama-kelaman bayi anda akan terbiasa ;)
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
    Air sejuk ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
    Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
    Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar yang mana dibuat air penawar melalui bacaan ayat-ayat al-Qur’an dan selawat dengan bacaan tiga kali atau tujuh kali.
    # Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
    # Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
    Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudu.
    # Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah yg lebih stabil.
    Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
    # Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
    # Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut atau awet muda kata orang sekarang.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 hm....bagus betul info nih...macam Aisy mase suhu tinggi hari tu..bila mummy mandikan n rendam ia kejap dalam air sejuk, alhamdulillah..aru nmpk progress....mase tu jelum da tak fungsi dah...mcm tu jugak suhunya..last2 kasik rendam itu budak...baru jalan.....nangis pun nangislah...janji suhu turun wahai anak....
now da beberapa hari mandikan Aisy pakai air sejuk je....jangan nak manja sangat aih takleh mandi air sejuk langsung....sesekali lau suhu tgh sejuk bolehla mummy kasik mandi air suam..kalau tak,no more.....thats for your gook ok Aisy...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

....

Powered By Blogger