Pages

Wednesday, January 28, 2015

TESTIMONI BERGAMBAR : REALITI ATAU FANTASI

Pergh dia punya tajuk kan...sounds good good kan...😜

Sekarang ni zaman teknologi..semua benda boleh edit..tapi pun masih ramai yang cepat benor terpengaruh dengan gambar-gambar testimoni ni..nak-nak produk kecantikan la..sebab fokus tang muka kan...

Macam mana eh korang boleh yakinkan diri korang yang testimoni tu 100% asli? Sedangkan korang sendiri pun kadang-kadang main edit-edit juga kan..paling tidak pun main effect ker...pakai filter ker....paling halusssss lagi pakai 360 ker...............krikk krikkkkkk 😝 ( yer...daku pun pakai jugaaa )

Kadang-kadang kelakar juga bila tengok sesetengah iklan produk muka  yang pakai gambo sebelum dan selepas tu...sebelum tu filter lain..selepas filter lain pulak..tone pun lain..sah la nampak berbeza kan...well ni bukan nak kondem orang bisness punya iklan pulak tau..tak ada niat pun..cuma kadang-kadang terfikirlah ketelusan dan keberkesanan produk tu kalau yang jenis pakai gambo macam gitu kan..

Ni ha kat bawah ni gambo versi 360...kemain mulus kan gambo kiri tu...kanan tu pun 360,gak tapi masa tu lighting samar-samar so tak berapa nak gebu la hasil dia...tapi cuba korang bandingkan..ada berapa produk agak-agak boleh dijual dengan bermodalkan hasil gambo dari camera 360 tu???

1. Bb cream/foundation/bedak arab?
2. Losyen pembakar lemak?
3. Krim pemutih?
4. Krim penegang kulit?
5. Minyak kelapa dara?
6. Supplement/vitamin c?
7. Minuman untuk awet muda?

Ho ho ho.... Bak kata Bang Bil "korang fikirlah sendiri"...Hakikatnya...realitinya... Tak do dio gebu gebas cenggitu haaa...palsu belako semuo tu..

So conclution dia kat sini..kalau nak terpengaruh dengan testimoni tu biorlah yang depan mata...jangan cepat sangat kagum tengok gambo sebelum dan selepas tu terusss nak beli nak cuba..tanya dulu betul-betul pada sesapa yang memang dah berhasil pakai produk tu.tu pun nasib-nasib jugak...kadang orang tu pakai elok..serasi dengan dia..karang kita pakai tak jadi..janganlah terus nak hentam kata orang tu tipu pulak dak...boleh jer nak try and error...jangan menyesal di kemudian hari sudehhh.... 😂







Saturday, January 10, 2015

B COMPLEX SHAKLEE

Alkisahnya hari tu calsium shaklee ku dah kehabisan...duk la pesan kat babah dia orang ni suruh belikan...dah terbiasa makan calsium sebelum tidur..so bila dah habis tu rasa serba tak kena pulak

Si babah yang soleh tu pulak kadang pandai follow up dulu sebelun beli apa-apa tapi kadang-kadang dia main redah jer...nak jadi kes redah punya redah so satu hari tu sampai jer rumah dengan confidentnya dia keluarkan la plastik shaklee ni dari beg kerja dia...

"Nah calsium awak...b complex ni kan..."

Krik krik....krik krik......

Hm...sabor je lah awak.....dia punya confident tu tak boleh tahan...yang tu banyak lagi sebenarnya sebab tak makan hari-hari pun...adoi..kan dah rugi...

So alang-alang dah rugi tu meh nak letgo harga baik punya...botol pun tak buka lagi tau sebab stok yang ada pun banyak lagi...sapa mau meh habaq mai kat emel ni : arora.teeha@gmail.com


Kita kasi harga baekkk punya...RM30 sahaja okeh...haaaa..murah sangat tau....b complex ni semua orang boleh makan tapi kalau mama-mama yang tengah hamil lagi berganda-ganda bagusnya kalau makan b complex ni...kat bawah ni kita share pasal kelebihan dia ek...sapa nak cepat roger tau....

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;

*Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

*Mengelakkan penyakit beri-beri.

*Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

*Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

*Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

*Mencegah stress.

*Menguatkan antibodi tubuh.

*Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

*Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

*Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

*Mencegah anemia.



Okeh siapa nak cepat habaq sementara masih ada...

Friday, January 9, 2015

Aroi Thai Boat Noodle di Cyberjaya

Assalammualaikum....ada lagi ke orang singgah blog ni ek..rasa ada la kan sebab tengok trafik kat tepi tu hari-hari pun ada tetamu...walaupun mostly yang singgah tu sebab cari resepi sos steambot, tapi oklah tu dari takde kan..tak bolehla masuk kategori 'rumah tinggal'..😅

Ni nak share pasal tempat makan sebenarnya..kan sekarang ni dah jadi trend..asal ada benda makan baru mesti akan jadi fenomena sekejap...hebat kuasa viral ni tau..jangan main-main..so antara yang tengah diperkatakan sekarang ni adalah boat noodle...

Actually ada beberapa jenis kedai boat noodle ni..ada yang halal dan ada yang tak..ada pulak yang memang terang-terang untuk non-muslim so kena hati-hati yer...

Yang kita orang pergi ni tengok memang tak ada logo pengesahan halal jakim ke apa..tapi pekerja  muslim dan insyaAllah diyakini...dinyatakan juga dekat buku menu dia 'No Pork No Lard' .jangan was-was lah yer..

Menu tak berapa banyak..tapi dari apa yang kami dah cuba agak sedap dan boleh diterima tekakla..well, kita orang ni tekak boleh tahan demand juga...mana yang tak sedap kita cakap je lah tak sedap kan..tapi kat sini okeylah...paling puas hati dia punya beef noodle dengan spring rolls..sedapppp...👍

Harga untuk semua menu termasuk air adalah rm1.90 sahaja...senang nak kira kan..tapi nnt ada tax dia lagi so pandai-pandai la budget yer...tengok kat gambar tu, cuba kira berapa mangkuk kita orang makan...hehe...ni kalau masa bercinta makan dengan mangkuk tinggi macam ni mau peluh ketiak cik abang nak membayarnya...nasib dah kahwin you olllss...😜

Eh lupa nak khabar, yang kita orang pergi ni cawangan Cyberjaya...dia ada satu lagi dekat Kota Damansara...tapi sorry maps dia lupa nak snap...tapi kalau dah sampai area Shaftsbury Cyberjaya tu memang senang je nak jumpa..dari tepi jalan besar pun dah boleb nampak..dia betul-betul bersebelahan dengan kedai Speedmart...

Ok..sapa-sapa nak feeling makan bertingkek-tingkek macam ni silalah cuba yer...😁